Hati manusia dewasa mempunyai berat antara 1.3 - 3.0
kilogram. Ia adalah organ lembut berwarna perang kemerahan. Hati merupakan
organ kedua terbesar manusia (organ terbesar adalah kulit) dan kelenjar
terbesar dalam tubuh manusia.
Ia terletak di bawah diafragma di sebelah kanan badan
manusia. Sebahagian besar permukaan hati terletak di dalam sangkar toraks bagi
melindunginya daripada kecederaan. ia juga menjadi alas bagi pundi hempedu yang
menyimpan hempedu.
Secara anatomi, hati dapat dibahagikan kepada empat lobus
iaitu lobus kanan (right lobe), lobus kiri (left lobe), caudate lobe, dan
quadrate lobe. Lihat gambar untuk penerangan yang lebih jelas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan